Kolej Komuniti Bandar Darulaman

PELAN PENGUKUHAN KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI

Print
PDF

PELANCARAN PELAN PENGUKUHAN KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI

Majlis Pelancaran Pelan Pengukuhan Keusahawanan Kolej Komuniti telah disempurnakan oleh YB Menteri PengajianTinggi Malaysia pada 09 Ogos 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Grik, Perak.

Keusahawanan telah dipilih sebagai Projek Agenda Kritikal (CAP) yang paling terkini dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), iaitu CAP yang ke-22. Pemilihan tersebut adalah signifikan kerana ia menggambarkan kepentingan yang diletakkan oleh KPT dan pihak kerajaan terhadap elemen keusahawanan, terutama dari segi sumbangannya kepada perkembangan ekonomi Negara, serta terhadap pertumbuhan yang mampan. Dalam Model Baru Ekonomi, kita dapati bahawa pembinaan dan pengukuhan keusahawanan menjadi matlamat dasar yang penting dalam Pelan Transformasi Ekonomi bagi membuka lebih peluang peningkatan mobiliti ekonomi, dan seterusnya mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing. Pendek kata, kepentingan pembangunan keusahawanan bukanlah satu perkara yang perlu diperdebatkan lagi. Kita menerima hakikat bahawa inilah salah satu jalan yang akan membawa kita kepada tercapainya ciri-ciri Malaysia tahun 2020.

[ Petikan Ucapan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ]

 

 

 


Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my