Pengenalan

Print
PDF
Program  Sijil Teknologi  Elektrik (Pemasangan dan  Perkhidmatan)  menawarkan  pengetahuan teori  dan amali dalam bidang  teknologi  elektrik kuasa, elektronik, kawalan motor  dan komputer. Kurikulum kursus ini meliputi gabungan modul-modul dalam bidang elektrik, elektronik, kawalan motor dan juga komputer. Silibus kursus merangkumi  kaedah penjanaan bekalan elektrik, pengendalian dan kawalan mesin elektrik, pemasangan dan pendawaian elektrik, penyenggaraan alatan domestik dan sistem penggera.

Selain itu, modul  elektronik  merangkumi  asas elektronik, sistem  berdigit  dan  penyenggaraan peralatan elektronik. Manakala modul komputer  terdiri daripada aplikasi komputer  dan perisian Autocad.

Latihan  yang  disediakan  akan  menambahkan  kemahiran  teknikal  pelajar  dan  disesuaikan  mengikut perubahan teknologi  dari semasa  ke semasa. Pembelajaran  dan pengajaran dititikberatkan  kepada  kerja- kerja amali dan projek-projek berkaitan.

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
a)    Mengamalkan langkah-langkah  keselamatan semasa menjalankan kerja.
b)     Menjalankan kerja-kerja pemasangan domestik dan industri.
c)    Menyenggara suatu sistem kawalan motor.
d)     Mengaplikasikan teori elektronik dalam suatu sistem kawalan elektronik.
e)     Menggunakan perisian Autocad untuk membuat lukisan kejuruteraan.

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my