| 04 May 2010
Program 1 Hari Bersama SKS
Program ini telah dijalankan di Dewan Syarahan KKBD pada 21 Oktober 2009. bertujuan untuk mencungkil bakat kepimpinan dan kreativiti dalam diri pelajar SKS, mendedahkan pelajar kepada kerjaya dan cabaran dalam bidang komputer, menjana perhubungan mesra antara pelajar dan pensyarah dan mempromosi Program SKS kepada komuniti setempat.
Program yang julung kali diadakan, terbuka kepada semua pelajar dan pensyarah SKS. Penyertaan juga dibuka kepada semua warga KKBD yang berminat. Manakala tetamu jemputan adalah wakil guru dan pelajar dari sekolah terpilih di sekitar Kubang Pasu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah tayangan video korporat SKS, pameran elektronik, pertandingan membina patch kabel, pertandingan permainan komputer secara rangkaian komputer, jualan amal, pertandingan mengira IC, perkhidmatan servis komputer secara percuma dan pertandingan kuiz bagi setiap kelas mengikut semester.
Program SKS juga telah menganjurkan pertandingan membina laman web antara sekolah jemputan yang terpilih. Sekolah yang telah memenangi pertandingan ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Terdapat juga kolaborasi dengan pihak luar iaitu dalam bentuk pameran oleh pihak Centre For Education, Training And Research In Renewable Energy And Energy Efficiency (CENTREE) dari Universiti Sains Malaysia. Manakala pihak NESCAFFE juga telah sudi untuk menyumbangkan minuman percuma kepada para pengunjung program ini.
![]() |










