Bengkel Auto

Print
PDF
Program Sijil Automotif (SAU) mula ditawarkan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD) pada Sesi Pertama (Julai) 2002. Program ini memberikan  penekanan kepada  aspek “hands-on” yang melibatkan  penggunaan peralatan  dan kelengkapan automotif  terkini dalam proses pemeriksaan,  pengujian,  servis dan baik pulih kenderaan. Pelajar-pelajar turut didedahkan dengan perkembangan teknologi terkini dalam bidang automotif agar mereka tidak ketinggalan  dalam arus kemodenan teknologi automotif. Secara asasnya, pelajar dididik untuk mengamalkan budaya kerja yang selamat dan mengikut  prosedur  yang betul supaya mereka dapat menyediakan  diri untuk menghadapi persekitaran kerja yang sebenar.

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my