PSH-Pembelajaran Sepanjang Hayat

Print
PDF

PSH merupakan perlaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti sepanjang hayat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan individu seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan alam pekerjaan.

Selain memberi pendidikan dan latihan dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran kepada lepasan SPM / SPMV, Kolej Komuniti Kementerian Pegajian Tinggi Malaysia juga menyedia dan menawarkan kursus-kursus pendek, pendidikan lanjutan dan sepanjang hayat berasaskan permintaan awam dan industri merangkumi kursus bukan formal yang mempunyai jangkamasa singkat dan bermusim. Kursus-kursus ini adalah antara elemen yang sangat penting dalam pelaksanaan program dan aktiviti di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia selaras dengan misi dan visi yang telah ditetapkan oleh Sektor Pengurusan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.Menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio ekonomi melalui program sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah alih.

Maklumat Lanjut , Sila Layari  http://kkbdjitra.edu.my



Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my