Perpustakaan

Print
PDF
UNIT PERPUSTAKAAN KKBD merupakan unit kecil di bawah Unit Multimedia dan Sumber. Ianya terletak di tingkat 3 bangunan utama KKBD. Selain menyediakan bahan rujukan dalam bentuk bercetak, perpustakaan KKBD juga dilengkapi dengan kemudahan internet bagi kegunaan pelajar. Terdapat pelbagai bahan dalam pelbagai bidang ilmu untuk kegunaan dan rujukan pelajar, pensyarah serta seluruh warga kolej. Pihak pengurusan kolej telah merancang untuk menaiktarafkan perpustakaan KKBD ini selaras dengan keperluannya yang semakin berkembang hari demi hari.

Pelbagai bahan rujukan dalam pelbagai bidang ilmu terdapat di Perpustakaan KKBD. Di antara bahan tersebut ialah bahan buku, akhbar, majalah, makalah, risalah, ensaiklopedia, almanak, index, bahan digital, kitab dan pelbagai bahan lain yang relevan dengan keperluan semasa.

Terdapat dua ruang bacaan bagi pengunjung yang menggunakan perkhidmatan perpustakaan KKBD. Sekiranya pengguna untuk menggunakan ruang bacaan yang santai, mereka boleh memilih untuk menggunakanruang bacaan berhadapan Unit Multimedia dan Sumber.

Gedung Ilmu Khazanah Bestari.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Norzilawatie
(Pen. Pegawai Perpustakaan) atau Encik Johari (Pembantu Perpustakaan) atau hubungi Pegawai Multimedia dan Sumber KKBD,
Encik Che Omar Md Isa.

 

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my