| 02 May 2010

Program Sijil Pelukis Pelan dan Senibina merupakan salah satu daripada kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Melalui program ini, pelajar difdedahkan dengan kemahiran lukisan kejuruteraan dan pelbagai kemahiran melakar yang memerlukan peralatan terkini. Justeru, makmal Program Pelukis Pelan dan Senibina di KKBD dilengkapi dengan pelbagai keperluan seperti Komputer CADD, Meja Lukisan Kejuruteraan, Mesin Plotter dan pelbagai peralatan lain.









