Pembiayaan Pengajian

Print
PDF

 BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (ELAUN)

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

Definisi
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) bermaksud bayaran yang dibuat kepada pelajar peringkat sijil/diploma di kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang memohon berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.


Syarat dan Kriteria Pemberian bantuan Kewangan

  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  2. Elaun diberikan hanya kepada pelajar kolej komuniti peringkat sijil dan diploma jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan tempoh pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil) dan maksimum 3 semester (peringkat diploma);
  3. Pelajar yang layak diberikan elaun ialah bagi pelajar yang mempunyai keluarga/penjaga sah yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah.
  4. Pelajar disyarat menandatangani perjanjian tetapi tiada syarat kontrak berkhidmat dengan Kerajaan;
  5. Pelajar perlu mengemukakan seorang penjamin;
  6. Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja yang lain

 

KADAR BANTUAN KEWANGAN

Kadar bantuan kewangan yang ditetapkan adalah RM250.00 sebulan (RM1,500.00 per semester).

Jumlah maksimum bayaran bantuan kewangan adalah RM6,000.00 (bagi tempoh maksimum 4 semester tanpa perlanjutan untuk peringkat sijil) dan RM4,500.00 (bagi tempoh maksimum 3 semester tanpa perlanjutan untuk peringkat diploma).

KAEDAH PERMOHONAN

Pelajar yang ingin mendapatkan bantuan kewangan ini hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) menerusi laman web Sektor Pengurusan Kolej Komuniti http://www.bpkk.edu.my.

Akses modul permohonan hanya diberikan kepada Pegawai Biasiswa atau Pegawai Hal Ehwal Pelajar di kolej komuniti sahaja. Oleh itu, pelajar yang ingin membuat permohonan hendaklah berurusan dengan Pegawai Biasiswa atau Pegawai Hal Ehwal Pelajar kolej komuniti terlebih dahulu.

PINJAMAN

TABUNG PINJAMAN PELAJARAN

Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini adalah merupakan salah satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957. Tabung ini di Kementerian Pengajian Tinggi adalah berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan. TPP  ditawarkan mulai Julai 2005.

Golongan Sasaran

Pelajar-pelajar peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Syarat-syarat Permohonan

  • Pembiayaan pinjaman pelajaran ini adalah khusus kepada kursus peringkat sijil dan diploma jangka panjang (kursus sepenuh masa) sahaja iaitu yang melibatkan tempoh pengajian sekurang-kurangnya empat semester (peringkat Sijil) dan Tiga semester (peringkat Diploma)
  • Pelajar yang layak dipertimbangkan pinjaman hanyalah mereka yang telah mendaftar mengikuti kursus di mana-mana Kolej Komuniti KPTM.
  • Bagi pelajar-pelajar yang sedia ada, mereka hanya layak dipertimbangkan untuk pembiayaan mulai semester ketika permohonan dibuat dan tidak boleh dikebelakangkan.

Pembiayaan

  • Bilangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan.
  • Kadar pinjaman yang ditawarkan pula adalah sebanyak RM 6,000.00 (peringkat Sijil) dan RM4,500.00 (peringkat Diploma)

Perjanjian

  • Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian pinjaman dengan mengemukakan seorang penjamin.
  • Bayaran balik jumlah pinjaman (tanpa caj perkhidmatan) adalah berkuatkuasa selepas enam bulan pelajar menamatkan pengajiannya atau setelah mendapat pekerjaan yang mana terdahulu.

PEMBIAYAAN LAIN

Selain itu pelajar Kolej Komuniti juga boleh memohon biasiswa / pinjaman daripada penaja-penaja yang lain. Pelajar Kolej Komuniti juga boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan dari mana-mana penaja atau badan (Contohnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Baitulmal). Ianya tertakluk kepada syarat dan peraturan penaja atau badan berkenaan.

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my