Syarat Kemasukan Pelajar

Print
PDF

Syarat Kelayakan Masuk :

  • Calon mestilah WARGANEGARA Malaysia
  • Lulus peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ( SPM ) atau SIJIL PELAJARAN MALAYSIA VOKASIONAL (SPMV) - LULUS BAHASA MELAYU

Tempoh Pengajian :
  • Tempoh minimum pengajian bagi semua kursus Sijil ialah dua tahun ( 4 semester ) dan tempoh maksimum ialah lima tahun ( 10 semester )

Bayaran Yang Dikenakan :
  • Yuran Pengajian
    RM 200.00 setiap semester pengajian.
    Cara bayaran - Kiriman Wang Pos atas nama Pengarah Kolej Komuniti Bandar Darulaman.
  • Yuran Pelbagai        RM 210.00 dibayar semasa pendaftaran semester pertama sahaja.       
    Cara bayaran - Kiriman Wang Pos atas nama Koperasi Kolej Komuniti Bandar Darulaman.

    Sesi Pengambilan Pelajar dan Bantuan Kewangan :
    Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti diadakan dua ( 2 ) kali dalam setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai.
    • Bagi kursus formal, calon boleh memohon dengan menggunakan borang yang boleh dibeli di mana-mana Kolej Komuniti atau permohonan secara on–line di  http://www.bpkk.edu.my. Iklan mengenai permohonan akan dikeluarkan pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober setiap tahun.
    • Pelajar layak memohon pinjaman Tabung Pinjaman Pelajaran KPTM atau bantuan kewangan / biasiswa / pinjaman daripada mana-mana penaja yang lain. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran pengajian Kolej Komuniti KPTM untuk tujuan tersebut.

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my