| 01 May 2010

Sinopsis Kursus V07 - SKS
Kursus ini menekankan kepada kemahiran asas dalam bidang sistem komputer, rangkaian serta perisian sistem pengoperasian di samping kemahiran asas untuk membuat pemasangan dan rangkaian masa kini, seterusnya memahami konsep-konsep pembangunan internet. Modul yang ditawarkan meliputi asas elektronik, alatan pengukuran asas, sistem komputer, penyenggaraan peralatan komputer (bekalan kuasa I/O, ingatan dsb), penyenggaraan peripheral (printer , modem dsb) dan penyenggaraan rangkaian.
Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
- Juruteknik Komputer
- Juruteknik Rangkaian
- Usahawan ICT
Modul-modul di bawah Kursus Sijil Komputer Dan Sokongan
Pemasangan Perkakasan dan Perisian Komputer
- Menerapkan kemahiran memasang perkakasan dan perisian serta mampu mengesan dan membuang virus bagi sesebuah komputer.
Asas Rangkaian Komputer
- Memberi pengetahuan asas tentang rangkaian komputer kepada pelajar.
- Pengenalan kepada perkakasan rangkaian komputer.
- Pendedahan kepada rekabentuk rangkaian menggunakan perisian.
- Pengenalan konsep pendawaian untuk rangkaian.
- Membuat pemasangan dan pendawaian dalam rangkaian.
Pemasangan Kabel Rangkaian
- Memperkenalkan pelajar kepada langkah-langkah pemasangan pendawaian rangkaian serta pendawaian berstruktur.
- Membina kemahiran pelajar di dalam membuat pemasangan pendawaian dalam rangkaian.
Asas Elektrik dan Elektronik
- Pendedahan kepada teori asas komponen elektronik dan perkakasan elektrik.
- Pengenalan kepada teknik pematrian dan nyahpateri.
Selenggaraan Komputer
- Pengenalan kepada perkakasan dalaman komputer.
- Pelajar didedahkan dengan cara pemasangan perkakasan dan perisian.
- Penyelenggaraan sistem komputer dan diagnosis sistem.
- Menyelenggara dan membaik pulih komputer.









