| 27 April 2010
Bahagian Pentadbiran merupakan bahagian yang menyokong kepada pengoperasian semua jabatan dan unit-unit di KKBD. Bahagian ini dibahagikan kepada lima unit. Tiga unit dikawal selia sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Tadbir iaitu Unit Pentadbiran & Perkhidmatan, Unit Kewangan & Akaun dan Unit Pembangunan & Penyenggaraan. Unit Sokongan pula terbahagi kepada dua bidang tugas iaitu berkaitan Pusat Sumber (Perpustakaan) dan juga Makmal Sains. Pusat Sumber diselia oleh Pegawai Sumber dan Multimedia manakala Makmal Sains diletakkan dibawah seliaan Penolong Pegawai Tabdir. Unit yang kelima ialah Unit Komputer (ICT). Unit ini berada di bawah seliaan Pegawai Sumber dan Multimedia sepenuhnya.








