Pengenalan

Print
PDF

Pengenalan

Unit Bimbingan dan Kaunseling KKBD berperanan memberi perkhidmatan bimbingan, ujian psikologi, serta menjalankan  sesi kaunseling  merangkumi  semua  aspek  termasuk  hal-hal peribadi,  akademik, keluarga, disiplin dan kerjaya. Secara keseluruhan  perkhidmatan yang diberikan itu dibahagikan  kepada  beberapa kategori :

•    Khidmat Konsultasi & Rujukan
•    Khidmat Pemberian Maklumat
•    Khidmat Bimbingan Kelompok
•    Khidmat Kaunseling Individu
•    Khidmat Kaunseling Kelompok
•    Khidmat Pemberian Maklumat
•    Khidmat Kaunseling Kerjaya
•    Khidmat Ujian Psikologi



Objektif Unit Kaunseling

1.    Memberi khidmat kaunseling yang bersifat pengayaan, pemulihan, pencegahan dan pengembangan kepada komuniti setempat.

2.    Memberi khidmat kaunseling krisis kepada individu yang memerlukannya.


3.    Memberi khidmat  bersifat pemulihan  (remedial) dengan tujuan  mengorientasikan semula  pelajar yang bermasalah  peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya mampu  menghadapi dan mengatasi masalah mereka.

4.    Memberi khidmat  penyuburan dan  pengayaan meliputi  semua  aspek  perkembangan diri pelajar dengan menyediakan   peluang,  kemudahan dan  pengalaman selaras  dengan kemampuan dan potensi mereka.

5.    Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkahlaku tidak berdisiplin, penyalahgunaan dadah, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkahlaku devian.

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my