| 26 April 2010
PENGENALAN
Unit Multimedia dan Sumber, Kolej Komuniti Bandar Darulaman merupakan unit induk yang meliputi Unit Teknologi Maklumat dan Pusat Sumber. Secara am nya Unit Multimedia dan Sumber mengawal dan memantau ke dua-dua unit tersebut. Walau bagaimanapun, unit ini juga memainkan peranan dalam menyediakan bahan digital dan bercetak untuk mempromosikan kolej komuniti. Selain berperanan di peringkat KKBD, unit ini juga terlibat membantu kerja-kerja penerbitan bercetak dan digital di peringkat zon utara dan Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.
OBKJEKTIF
1. Memastikan pengurusan multimedia di kolej komuniti sentiasa relevan dari masa ke masa.
2. Menguruskan fungsi ICT di KKBD selaras arahan dan pekeliling Kerajaan dari masa ke masa.
3. Memastikan pengurusan Pusat Sumber sentiasa terkawal dan mematuhi arahan kerajaan.
4. Melaksanakan arahan pengarah berdasarkan perubahan dan keperluan semasa.
PENGHASILAN
Selaras dengan peranannya sebagai unit yang menyokong unit-unit lain dalam mempromosikan Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Unit Multimedia dan sumber KKBD telah terlibat secara aktif dalam menghasilkan bahan bercetak dan bahan digital. Di antara penghasilan tersebut ialah :
1. DVD Sejarah Pendidikan Teknikal Negara
2. Success Story Zon Utara
3. Kejayaan High Impact Zon Utara
4. DVD Informasi KKBD
5. Buku Lembaran Usahawan Edisi 1
6. Data Usahawan










