| 26 April 2010
Pengenalan Unit Pengajian Sepanjang Hayat
Tahun 2009 mencatatkan seramai 5020 peserta telah mengikuti kursus pendek di Unit Kursus Pendek KKBD. Sebanyak 174 jenis kursus telah dianjurkan dengan jayanya. Peserta yang mengikuti kursus merangkumi komuniti setempat, badan kerajaan, badan bukan kerajaan, dan orang perseorangan. Agensi dan badan kerajaan yang telah menggunakan khidmad kursus pendek antaranya seperti KEDA, MADA, Jabatan Akauntan Negeri Kedah, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia, Jabatan Guaman, Amanah Ikhtiar Malaysia, Perpustakaan Negeri kedah, Hospital Jitra, PUSPANITA Cawangan Kulim TIARANITA, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah dan sekolah-sekolah sekitar negeri Kedah Darulaman.









