Pengenalan

Print
PDF

Pengenalan

Unit Penyelidikan dan  Pembangunan KKBD ditubuhkan pada  Jan 2009 selaras dengan kehendak  Pelan Strategik  Pengajian   Tinggi  Negara  (PSPTN)    iaitu  membudayakan  pensyarah   kolej  komuniti   untuk menghasilkan penyelidikan akademik dalam pelbagai disiplin ilmu. Selain menganjurkan kursus penyelidikan dan pembangunan kepada  pensyarah  unit ini juga bertindak  menyediakan  garis panduan, format-format penyelidikan  dan  laporan  ilmiah  serta  pekeliling-  pekeliling  berkaitan  R&D.  Semua  pensyarah   dialu- alukan untuk menghasilkan  penulisan  akademik dalam bidang  ilmu yang diminati dan mengajukan hasil penyelidikan ke unit ini untuk tindakan  seterusnya  termasuklah  untuk di bentangkan dalam seminar dan simposium mahupun diterbitkan dalam jurnal KPTM

Objektif Unit

1.    Meningkatkan keupayaan penyelidikan di kalangan warga KKBD.
2.    Membudayakan penyelidikan dan inovasi di KKBD.
3.    Meneraju kajian dan penyelidikan bagi keperluan jabatan.
4.    Menyebar luas maklumat dan pengetahuan yang didapati daripada hasil penyelidikan KKBD
5.    Meningkatkan kolaborasi dengan badan-badan luar berkaitan penyelidikan dan inovasi.
6.    Memberi khidmat perundingan dalam aktiviti penyelidikan.

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my