Pengenalan

Print
PDF

Pengenalan

Unit Kualiti yang diwujudkan di KKBD merupakan  pusat gerakan aktiviti-aktiviti ke arah sistem pengurusan kualiti. Ianya bukan  sahaja  berasaskan  standard  ISO 9001:2008 malah  unit  ini turut  bertanggungjawab terhadap program –program yang menjurus kepada peningkatan kualiti kerja seperti program 5S.

Mulai Ogos 2009, KKBD telah  mula bergerak  sendiri untuk  mendapatkan pensijilan ISO 9001:2008. Skop pelaksanaan  sistem  pengurusan kualiti KKBD  adalah  untuk  memastikan  Kolej ini melaksanakan  Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Pemberian  Latihan Teknikal dan Vokasional di peringkat  sijil dalam bidang Teknologi dan Industri Perkhidmatan  bagi memenuhi visi dan misi penubuhan Kolej Komuniti KPTM dan memenuhi kehendak negara.

Bagi memastikan sistem pengurusan kualiti di kolej sentiasa dapat dipertingkatkan, Unit ini telah mengadakan kursus kefahaman MS ISO 9001:2008 kepada semua pemegang – pemegang proses. Ini adalah sebagai satu langkah  persediaan  di mana  semua  pemegang proses  dikehendaki  untuk  membuat pindaan  dokumen kualiti masing-maisng supaya dapat memenuhi keperluan di Kolej ini selari dengan kehendak standard.

Objektif

1.    Memastikan sistem pengurusan kualiti kolej sentiasa dipertingkatkan.
2.    Memastikan wujudnya perancangan pelan tindakan tahunan bagi peningkatan pengurusan kualiti.
3.    Menjadi tempat rujukan mengenai hal berkaitan pengurusan kualiti dari segi akademik dan pengurusan menyeluruh.
4.    Memastikan kepuasan pelanggan diutamakan.
5.    Memupuk budaya kualiti kepada semua warga Kolej.

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my