| 26 April 2010
Pengenalan
Unit Latihan Staf merupakan salah satu unit yang berada di bawah Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat (JPSH). Unit Latihan Staf bertanggungjawab dalam memastikan setiap staf Kolej Komuniti Bandar Darulaman menghadiri sekurang-kurangnya tujuh hari kursus / latihan dalam setahun. Untuk mencapai matlamat tersebut, unit ini perlulah merancang, mengurus dan melaksanakan kursus / latihan sama ada di peringkat dalaman, luaran atau yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, IPT dan juga swasta.
Selain itu, unit ini bertanggungjawab dalam melaksanakan kursus-kursus yang diarahkan oleh Bahagian Latihan dan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) seperti kursus Career Path Competencies Matrix (CPCM), Program Peningkatan Kemahiran (PPK) selain bertanggungjawab dalam menguruskan penyertaan pensyarah Kolej Komuniti Bandar Darulaman dalam program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP), LPP (Latihan Peningkatan Profesionalisme PPPT DH29/DH41) dan Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Dalaman (KUDAP).









