Pengenalan PSH

Print
PDF

Jabatan  Pembelajaran  Sepanjang Hayat merupakan  salah satu daripada dua jabatan dalam carta organisasi kolej komuniti. Sesuai dengan peranan  kolej komuniti sebagai  hub pembelajaran sepanjang hayat maka Jabatan  Pembelajaran  Sepanjang  Hayat telah dipertanggungjawabkan dalam mengurus dan menawarkan kursus jangka pendek kepada setiap anggota masyarakat dari pelbagai latar belakang kehidupan, pelbagai strata sosioekonomi dan pelbagai tahap keupayaan  pembelajaran. Kursus jangka pendek  yang ditawarkan adalah  berdasarkan  modul  dan juga “customized course”.

Dalam memantapkan pelaksanaan  kursus yang dianjurkan maka lima fokus utama yang sentiasa diberi penekanan ialah:

1.  Reskilling/upskilling
2.  Keusahawanan
3.  Masyarakat Prihatin
4.  Pengukuhan Graduan
5.  Pembasmian  Kemiskinan


Antara unit-unit yang berada di bawah  Jabatan Pembelajaran  Sepanjang Hayat ialah:

1.  Unit Kursus Pendek
2.  Unit Latihan Staf
3.  Unit Kualiti
4.  Unit Penyelidikan dan Pembangunan


Objektif Jabatan Pembelajaran  Sepanjang Hayat

•    Memberikan  latihan  kepada  masyarakat  setempat untuk  meningkatkan mutu  kerja dan  taraf sosioekonomi.
•    Memberikan  pendidikan  sepanjang hayat  kepada  lapisan  masyarakat  yang  berminat  melalui program
     yang fleksibel dan mudah diakses.
•    Sekurang-kurangnya 50% Pensyarah mendapat latihan berkaitan Pemberian Latihan Teknikal dan
      Vokasional (PLTV) dalam tempoh setahun.
•    Semua staf menghadiri kursus/latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
•    Meningkatkan  kesedaran  dan penyertaan masyarakat  setempat dalam program  sepenuh masa
     dan kursus jangka pendek melalui aktiviti pameran.

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my