Unit Peperiksaan

Print
PDF

Unit Peperiksaan merupakan  suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan  segala urusan dan aktiviti peperiksaan.

Bidang Tugas Unit Peperiksaan

Umumnya  terbahagi   kepada  tiga  peringkat  iaitu  melibatkan  kerja-kerja sebelum,  semasa  dan  selepas peperiksaan.

SEBELUM PEPERIKSAAN
  1. Menyediakan  perancangan berkaitan  peperiksaan  kolej komuniti  dengan merujuk  kepada 
    Takwim Peperiksaan dari SPKK.
  2. Menyelaras perjalanan peperiksaan  semua program pada setiap semester.
  3. Memastikan  soalan  peperiksaan  dipilih dan  disediakan  mencukupi  mengikut  jumlah  kursus
    yang didaftarkan.
  4. Mencetak kertas-kertas soalan Peperiksaan Akhir Semester mengikut  peraturan dalam Garis
    Panduan Pengurusan Peperiksaan.
  5. Menyediakan jadual waktu peperiksaan  dan jadual waktu pengawasan peperiksaan  dan
    diserahkan kepada KJKK  untuk diluluskan dan dicetak.
  6. Memastikan bilik / dewan peperiksaan  disusun sebelum peperiksaan  akhir semester bermula.
  7. Menyediakan buku/kertas  jawapan dan lain – lain keperluan untuk peperiksaan.


SEMASA PEPERIKSAAN

  1. Menyerahkan  kertas  soalan,  buku/kertas  jawapan  dan  bahan–bahan  peperiksaan  kepada 
    Ketua Pengawas atau Pengawas di Unit Peperiksaan sebelum peperiksaan  bermula.
  2. Menerima  skrip jawapan  dan  bahan-bahan peperiksaan  daripada  Ketua Pengawas  dan 
    Pengawas Peperiksaan selepas peperiksaan  tamat.
  3. Memastikan jumlah skrip jawapan adalah sama seperti yang di catat di dalam Borang Pengawasan.


SELEPAS PEPERIKSAAN

  1. Menguruskan persediaan  untuk Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.
  2. Membawa semua salinan lembaran markah ke mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.
  3. Menghantar status keputusan peperiksaan  bagi pelajar yang akan mengikuti Latihan Industri
    kepada Pegawai Latihan Industri.
  4. Mempamerkan keputusan peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan seperti Takwim Aktiviti Peperiksaan
    di tempat yang disediakan.
  5. Menyediakan dan mencetak Slip dan transkrip Keputusan Peperiksaan.
  6. Menyemak  dan  memastikan  butiran  di dalam  slip keputusan adalah  tepat  dan  menyerahkan slip
    keputusan kepada pelajar mengikut tarikh yang ditetapkan.
  7. Menguruskan   pengiriman    Slip  Keputusan   Peperiksaan   kepada   pelajar   setelah   disemak   dan
    ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan Kemahiran.
  8. Menyediakan  dan  mencetak   sijil serta  mendapatkan tandatangan  pihak  berkaitan   untuk 
    majlis konvokesyen.
  9. Menguruskan pengiriman  sijil kepada pelajar yang tidak menghadiri konvokesyen dan
    mengemaskini Buku Daftar Sijil.

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my