Unit Perhubungan Dan Latihan Industri

Print
PDF

Unit Perhubungan dan Latihan Industri bertanggungjawab melaksanakan  segala urusan berkaitan Latihan Industri. Latihan Industri ( LI ) merupakan  syarat yang telah diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil Kolej Komuniti. Sesi Latihan Industri mengambil masa selama
20 minggu. Pada masa ini pelajar akan ditempatkan sama ada di jabatan kerajaan atau syarikat swasta dan didedahkan dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar. Setiap pelajar wajib lulus Latihan Industri sebelum dibenarkan memasuki semester empat. Pelajar yang gagal perlu mengulang semula Latihan Industri.
Secara amnya proses Latihan Industri terbahagi  kepada tiga bahagian  iaitu Sebelum, Semasa dan Selepas.

Proses Sebelum,  ialah pelajar-pelajar daripada  semester  2.
Proses Semasa ialah pelajar semester  3.
Proses Selepas ialah pelajar semester 4.

Semua  urusan  berkaitan  Latihan Industri pelajar KKBD akan dipantau dan  diuruskan  oleh  Pegawai  dan Penyelaras Latihan Industri. Selain itu, para pensyarah  teknikal juga akan terlibat di dalam urusan Latihan Industri iaitu sebagai Pensyarah Pembimbing dan Pensyarah Penyelia. Pensyarah Pembimbing dan Pensyarah Penyelia dilantik oleh pengarah bagi melaksanakan  sebahagian daripada  proses  Latihan Industri. Proses-proses tersebut ialah proses lawatan penyeliaan, proses semakan dan penyediaan Laporan Latihan Indsutri serta proses temuduga.

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my