| 26 April 2010
Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Bandar Darulaman ialah unit yang dipertanggungjawab untuk mengajar subjek-subjek pengajian am yang di KKBD. Subjek Pengajian Am dikategorikan sebagai subjek bukan teknikal yang wajib dipelajari oleh semua pelajar KKBD. Subjek yang ditawarkan termasuklah Pembangunan Diri, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, English for Communication dan Sains Gunaan dan Matematik. Pensyarah unit Pengajian Am terdiri daripada 13 orang. Unit ini turut memberi kerjasama dan terlibat dalam program-program yang di anjurkan oleh unit yang lain di KKBD.









