| 26 April 2010
Pengenalan
Program Sijil Automotif (SAU) mula ditawarkan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD) pada Sesi Pertama (Julai) 2002. Program ini memberikan penekanan kepada aspek “hands-on” yang melibatkan penggunaan peralatan dan kelengkapan automotif terkini dalam proses pemeriksaan, pengujian, servis dan baik pulih kenderaan. Pelajar-pelajar turut didedahkan dengan perkembangan teknologi terkini dalam bidang automotif agar mereka tidak ketinggalan dalam arus kemodenan teknologi automotif. Secara asasnya, pelajar dididik untuk mengamalkan budaya kerja yang selamat dan mengikut prosedur yang betul supaya mereka dapat menyediakan diri untuk menghadapi persekitaran kerja yang sebenar.
Setelah mengikuti program ini, pelajar akan dapat;
- Merancang dan melaksanakan kerja-kerja senggaraan dan penjagaan kenderaan mengikut prosedur yang betul.
- Merombak rawat, mengukur, memasang dan menguji lari pelbagai bahagian enjin petrol 4 lejang dan 2 lejang.
Kerja-kerja rombak terbahagi kepada rombak rawat enjin kereta dan enjin motosikal. - Melakukan kerja-kerja yang berkaitan Sistem Enjin dan Sistem Kenderaan.
- Melakukan pendawaian elektrik bagi kereta dan motosikal.
- Melakukan kerja-kerja di bengkel dengan mengamalkan keselamatan diri, rakan sekerja, tempat kerja, dan peralatan/mesin.
- Menggunakan perisian Microsoft Words, Microsoft Excell, Microsoft Power Point, Internet & Emel, dan AutoCAD untuk
membuat laporan-laporan yang berkaitan program. - Melakukan kerja-kerja gegas dan kimpalan asas.
- Mengetahui kaedah untuk merancang, menubuh dan menguruskan sebuah pusat servis automotif.









