Pengenalan

Print
PDF

Program Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS) merupakan satu kursus kemahiran dalam menyediakan lukisan pelan senibina. Pelajar akan dapat  memahami dan menghasilkan  lukisan kerja yang mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam yang boleh dijadikan rujukan dalam proses rekabentuk  sesebuah bangunan atau binaan. Selain daripada  kemahiran  tersebut, pelajar juga akan dapat  menyediakan  lukisan persembahan secara manual dan berkomputer serta membuat model-model bangunan.
Pelajar juga didedahkan dengan budaya  kerja sebenar  setelah  pelajar mengikuti  Latihan Industri selama enam  bulan.  Latihan  yang  diperolehi  akan  dapat  menambahkan kemahiran  pelajar  dalam  bidang  ini seterusnya dapat diamalkan dalam alam pekerjaan sebenar.

Program ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan :
a)     Lukisan Geometri Senibina
b)     CAD
c)     Lukisan Kerja Senibina
d)     Undang-undang Kecil Bangunan Seragam
e)     Lukisan Persembahan
f )     Pembuatan Model
g)     Prosedur pengurusan pejabat dan persembahan berkomputer

Setelah mengikuti kursus ini pelajar akan dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut :
a)     Menghasilkan lukisan geometri, lukisan kerja dan lukisan persembahan senibina dengan kaedah manual dan berkomputer.
b)     Melukis ilustrasi dan membuat model.

Lulusan dalam bidang ini mempunyai banyak peluang pekerjaan terutama sekali sebagai :
a)     Pelukis Pelan Bangunan
b)     Pelukis Ilustratsi
c)     Kontraktor Binaan
d)     Kerani Tapak Bina
e)     Pembuat  Model Bangunan
f )     Usahawan

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my