Pengenalan

Print
PDF

Pengenalan


Program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS) ialah satu program yang menawarkan peluang pendidikan kepada  komuniti  setempat dalam  bidang  berkaitan  teknologi  komputer,rangkaian serta  perisian sistem pengoperasian dan aplikasi internet.

Program  ini memberi  penekanan kepada  pembelajaran kemahiran  asas dalam  bidang  sistem komputer, rangkaian  serta  perisian  sistem  pengoperasian. Pelajar yang  mengikuti  program  ini akan  didedahkan secara teori dan amali dengan konsep  asas sistem komputer  dan rangkaian  serta mempunyai  kemahiran untuk melakukan peyenggaraan ke atas sistem komputer  dan perkakasan. Mereka juga diberi kemahiran untuk membuat pemasangan sistem rangkaian dan seterusnya  memahami konsep-konsep pembangunan intranet.

Kemudahan  makmal dan  bengkel   yang baik dan  kondusif serta  para pengajar  berpengalaman seramai
25 orang  yang  dapat  membantu para  pelajar  mendalami  ilmu komputer  dengan lebih mendalam  dan sempurna.

Lulusan Program SKS akan berpeluang untuk menceburi bidang ;

a)    Juruteknik komputer  di sektor awam atau swasta
b)     Pembantu makmal komputer
c)    Usahawan ICT

Program SKS

Hebahan

Sila lah kunjungi laman web Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) bagi mengetahui maklumat terkini kursus pendek.

http://kkbdjitra.edu.my