| 26 April 2010

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN SEPINTAS LALU
Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD) telah di tubuhkan pada 1 Jun 2001 di bawah bahagian pengurusan Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan Teknik. Mulai Mei 2004, KKBD telah beroperasi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej ini terletak di Bandar Darulaman Jaya, Jitra, Kedah dan berada dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu. Diurustadbir oleh seorang pengarah dengan dibantu oleh dua orang ketua jabatan dan disokong oleh 134 pensyarah serta 25 kakitangan.
KKBD menawarkan satu program Diploma Teknologi Komputer (DTK) dan empat program peringkat sijil iaitu Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS), Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS), Sijil Teknologi Elektrik (STE), dan Sijil Automotif (SAU).
KKBD telah membuka cawangan yang pertama pada tahun 2006 di Bandar Darulaman yang menawarkan program Sijil Automotif (SAU). Cawangan kedua di buka pada tahun 2007 di Jerai yang menawarkan program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan.
Selain daripada kursus sepenuh masa, KKBD tersohor sebagai sebuah institusi yang menawarkan Kursus
Jangka Pendek untuk masyarakat setempat, badan-badan kerajaan dan swasta.
KKBD juga memainkan peranan sebagai penggerak masyarakat dan pemangkin ekonomi masyarakat menerusi aktiviti dan kerjasama dengan agensi-agensi seperti Jabatan Kerja Raya,Majlis Daerah Kubang Pasu, Daerah Kota Setar, AADK, Amanah Ikhtiar Malaysia, Majlis Amanah Rakyat, MADA,KEDA, Yayasan Tekun dan Yayasan Sultanah Bahiyah dan lain-lain agensi.









